Rakan-rakan saya mempunyai tafsiran sendiri terhadap peribahasa Melayu, "Lama sudah tidak ke ladang".
Tak tahulah apa yang mereka fikirkan tetapi sebut sahaja peribahasa itu, ada yang akan tersenyum kambing dan ada juga yang tergelak beruk kerana mungkin ia mengingatkan mereka terhadap... ladang.
Ladang Bahasa Melayu
Ha, ha. Sekali-sekala, seronok juga menulis blog dalam Bahasa Melayu, atau dulunya dikenali sebagai Bahasa Malaysia. Sebenarnya bagi saya, Bahasa Melayu lebih tepat kerana bahasa ini memang Bahasa Melayu. Bahasa orang Melayu.
Bahasa Melayu, bagi saya, adalah ladang yang sudah lama saya tinggalkan.
Kecuali tiga atau empat tahun lepas ketika saya sibuk menyiapkan memoir kisah perjalanan di selatan Filipina, saya hampir tidak pernah menulis dalam Bahasa Melayu sejak itu.
Bukan merajuk dengan bahasa ini. Sebenarnya saya sengaja meninggalkannya kerana tidak mahu memudahkan pilihan untuk berekspresi -- supaya saya tidak terlalu bergantung kepada bahasa yang secara teknikalnya "lebih mudah" dikuasai berbanding bahasa Inggeris.
Kononnya mahu terus memaksa diri berbahasa Inggeris tak kiralah bagaimana sukarnya berekspresi dalam bahasa itu.
Ladang Omputih
Sebenarnya, ada faedahnya juga. Sekurang-kurangnya saya kini tidak lagi menulis "I did went to the market yesterday" atau "I wish I have bought it when the price is still low" sepertimana empat tahun lepas.
Sebenarnya, saya benar-benar mahu mempelajari Bahasa Inggeris, tetapi bukan mudah bagi orang dewasa untuk menguasai bahasa itu, kecuali agaknya jika dia berada di negara yang bahasa pengantarnya ialah Bahasa Inggeris.
Hari ini saya cuba berkunjung semula ke "ladang" Bahasa Melayu yang saya tinggalkan dan saya dapati rumput sudah meninggi melepasi lalang. Padi entah ke mana.
Rasanya saya perlu berusaha sekali lagi untuk berkomunikasi lebih lancar dalam bahasa ini. Saya rasa, saya boleh melakukannya jika saya bersungguh-sungguh.
Bak kata pepatah orang putih, biar putih tulang, jangan putih mata. Suatu hari mungkin dapat juga saya menuai hasil dari kedua-dua ladang ini.
Cakap tak serupa bikin
Ah, sekarang ini musim pilihan raya. Banyak orang akan berucap di sana-sini dan berjanji di sana-sini.
Tak apalah. Satu sahaja harapan saya, janganlah cakap tak serupa bikini.
Ada juga musuh politik seseorang calon yang cuba berbuat baik dengan pihak yang dimusuhinya supaya dapatlah dia mendekati rahsia dan strategi calon lawan. Ah, biarkan mereka menjadi mustang berbulu ayam.
Oklah, cukup dulu sampai di sini kerana malam sudah menjelang pagi. Mengantuk pula rasanya mata ini.
Bantal menunggu disorongkan orang...
Happy Birthday Sikmading & Berjaya! (Part 2)
-
What a co-incidence! Only two hours ago I wrote about the birth of the
Berjaya party in 1975 and its demise in the late 1980s. And moments ago I
decided to...
1 hour ago

0 comment(s):
Post a Comment